Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sijil halal De First Food mampu kuasai pasaran global

today17 March 2023

Background


KUALA LUMPUR – Pensijilan halal yang diperoleh De First Food Manufacturing Sdn. Bhd. (De First Food) iaitu pengeluar pelbagai produk makanan khususnya bebola berasaskan ikan dan tauhu melalui jenama CB, memberi kelebihan kepadanya untuk menguasai pasaran domestik dan menembusi pasaran antarabangsa, selain dijadikan sebagai sistem keselamatan makanan utama.

Pengarah Pengeluarannya, Surimi Chong berkata, sijil halal yang diperoleh daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 2010 pada fasa awal pengoperasian syarikat yang terletak di Batu Caves, Selangor itu telah diiktiraf di seluruh dunia.

Ia sangat penting bagi memboleh­kan syarikat meneroka pasaran ke luar negara.
Buat masa ini, syarikat telah mengembangkan pasarannya ke 10 buah negara dan bakal bertapak di tiga buah negara lagi pada masa depan.

“Logo halal yang diperoleh syarikat begitu penting buat pengedar tunggal kami di Asia Barat khususnya di Dubai atau di mana sahaja lokasi pengedar ke­rana pasaran global…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post