
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) secara rasmi mengumumkan penarikan balik Sijil Pengesahan Halal bagi dua syarikat yang berpangkalan di negeri tersebut, iaitu GoodFood Industries Sdn Bhd dan NKM (Kuantan) Sdn Bhd.
Keputusan drastik yang berkuat kuasa serta-merta ini dimuktamadkan melalui Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bagi Negeri Pahang Bil. 4/Sesi 1 Tahun 2026.
Meskipun alasan teknikal di sebalik penarikan tersebut tidak diperincikan secara mendalam dalam kenyataan media tersebut, pihak berkuasa agama negeri menegaskan bahawa tindakan ini diambil mengikut prosedur pematuhan yang ketat.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi mereka, JAIP turut menitipkan pesanan buat masyarakat agar tidak membuat spekulasi liar atau menyebarkan berita yang tidak sahih berkaitan isu ini.
“Orang ramai diminta mendapatkan maklumat yang sahih daripada pihak berkuasa serta tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak tepat,” jelas wakil agensi itu bagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
