PETALING JAYA – Kleenso Resources Sdn. Bhd. (Kleenso Resources) pengeluar produk penyelesaian kesihatan dan kebersihan, merekodkan pertumbuhan tempahan serta jualan yang baik bagi produknya Kleenso Serai Wangi Eco Pest Repellent Cleaner yang telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pengarah Urusannya, Lee Teck Meng berkata, selepas mendapat sijil tersebut, jualan produknya telah meningkat sebanyak dua kali ganda kepada 100,000 botol setiap bulan.
Menurut beliau, sambutan baik yang diterima syarikat terhadap produk tersebut memberi inspirasi dan semangatnya untuk meningkat daya saing syarikat bagi membolehkan semua produk keluaran syarikat mendapat sijil berharga tersebut.
“Ini juga dianggap pencetus kepada inisiatif kami untuk melihat lebih banyak produk keluaran Kleenso Resources yang berkualiti tinggi dan mendapat sijil halal.

“Ini akan memberi ruang dan peluang kepada syarikat mendapat tempat dalam pasaran domestik bersaing dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
