PETALING JAYA – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan pelantikan Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuatkuasa hari ini, menggantikan Datuk Arham Abdul Rahman yang bersara daripada perkhidmatan awam semalam.
Katanya dalam satu kenyataan, Shamsul yang memiliki pengalaman selama 28 tahun bersama MIDA itu memainkan peranan yang penting dalam menentukan hala tuju strategik agensi tersebut dan memartabatkan persekitaran pelaburan Malaysia.
“Seorang graduan dari Universiti Malaya, beliau beroleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi pada 1995.
“Pelantikan strategik ini menekankan komitmen MIDA untuk memupuk pertumbuhan dan kepelbagaian ekonomi, selaras dengan misinya bagi membina ekosistem pelaburan mampan lagi dinamik untuk menarik pelaburan berkualiti,” katanya.
Dalam kenyataan sama, MIDA turut menzahirkan penghormatan kepada Arham yang telah memainkan peranan instrumental dalam mengemudi lembaga tersebut sejak 1…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: