Site icon Kool FM

Silicon X hasilkan cip FPGA pertama Malaysia


GEORGE TOWN – Sektor semikonduktor Malaysia mencipta sejarah tersendiri apabila salah satu syarikat inkubasi di bawah inisiatif Penang Silicon Design @5km+, Silicon X Sdn. Bhd. berjaya membangunkan cip Field Programmable Gate Array (FPGA) pertama buatan Malaysia.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kejayaan itu meletakkan Silicon X sebagai syarikat pertama di negara ini dan di Asia Tenggara yang menghasilkan cip FPGA sendiri, sekali gus memperkukuh aspirasi Pulau Pinang untuk merealisasikan visi ‘Dibuat oleh Malaysia’ serta mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab semikonduktor global.

Diasaskan pada 2024, Silicon X ialah firma reka bentuk dan pengeluaran litar bersepadu (IC) tempatan yang memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pintar, pemprosesan data masa nyata, automasi, serta pecutan kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML).

“Pencapaian bersejarah ini menandakan kemampuan tenaga kejuruteraan tempatan untuk menembusi sempadan teknologi global,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version