PETALING JAYA – Sime Darby Motors (SDM) Malaysia menandatangani perjanjian pengedaran bersama BYD hari ini, yang menandakan kemasukan pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkenal dari China itu di pasaran tempatan.
Menerusi perjanjian tersebut, SDM bakal menjual model EV ATTO 3 dan e6 di sini.
Pengarah Urusan SDM Malaysia, Andrew Basham berkata, pihaknya berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran BYD dalam senarai jenama kenderaan berkelas dunia yang ditawarkan SDM di sini, selaras dengan komitmen pihaknya untuk menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan masyarakat.
“BYD ialah pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka dunia dan perkongsian ini akan membawakan kepakaran BYD ke pasaran Malaysia melalui pelbagai model EV yang bakal ditawarkan.
“Usahasama ini adalah salah satu daripada langkah yang diambil oleh SDM bagi mencapai matlamat untuk menjadi peneraju dalam EV, juga sejajar dengan dorongan kerajaan ke arah mobiliti rendah karbon,” katanya dalam satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: