SHAH ALAM – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) melabur sebanyak RM2 juta untuk membangunkan Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC) di Bandar Elmina dekat sini.
Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican Azmi Merican berkata, kos tersebut merangkumi penanaman pokok serta pengekalan tumbuh-tumbuhan yang ada dalam kawasan hutan di perbandaran tersebut.
“Pusat yang berkeluasan 0.4 hektar ini dibina untuk kesinambungan kawasan hutan yang ada di sekitar perbandaran di sini.
“Cabaran bagi membina pusat ini adalah mencari beberapa spesies pokok yang sukar didapati pada masa kini untuk ditanam di ERKC,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian ERKC di Bandar Elmina di sini semalam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan pusat terbabit yang turut dihadiri Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
