PETALING JAYA – Sime Darby Motors telah melabur sebanyak RM3 juta untuk membangunkan pusat membaiki dan mengecat badan kenderaan berpusat di Jalan Sungai Pinang, Pulau Pinang bagi melengkapkan lagi penawaran perkhidmatannya kepada para pelanggan di kawasan Utara.
Sime Darby Motors terlibat dalam penjualan runcit kenderaan BMW, MINI, Motorrad, BYD, Volvo, Jaguar, Land Rover, Ford, Hyundai dan juga kenderaan terpakai berkualiti menerusi Sime Darby Auto Selection.
Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, pusat servis yang berkeluasan 20,000 kaki persegi itu dilengkapi dengan teknologi dan peralatan terkini.
Menurut beliau, ia mempunyai empat ruang mekanikal dilengkapi alat pengangkat, termasuk satu ruang kegunaan berat (kerja membaiki badan), satu ruang perataan kering, satu ruang persediaan dan satu ruang khas penyemburan dengan keupayaan menservis dan membaiki sehingga 80 unit kenderaan yang memerlukan kerja pembaikan badan dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
