PETALING JAYA – Pengedar tunggal kereta BYD di Malaysia, Sime Darby Beyond Auto Sdn. Bhd. (SDBA) mengumumkan kerjasama dengan pemaju hartanah terkemuka, Scientex Berhad untuk mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik (EV) merentasi pelbagai pembangunan perumahan.
Sebagai menyokong inisiatif EV, Scientex merancang untuk menubuhkan stesen pengecasan EV di lokasi terpilih dalam pembangunan perumahannya di seluruh negara.
Memanfaatkan kehadiran kukuhnya di perbandaran perumahan mampu milik, langkah strategik berkenaan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan EV dalam kalangan penduduk dan pelawat, seterusnya memupuk gaya hidup lebih mampan dalam komuniti.
SDBA dan Scientex menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini untuk menjadi rakan kongsi kempen pemasaran pilihan untuk projek kondominium Mori 2 di Rawang, Selangor.
Usaha bersama kedua-dua pihak melibatkan mempromosikan penggunaan EV yang meluas dan menggabungkan kemudahan pengecasan EV ke dalam pembangunan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: