Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Sime Darby Property, ESR perluas E-Metro Logistics Park

today10 July 2026

Background


KLANG – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) mengorak langkah memperluaskan E-Metro Logistics Park di Bandar Bukit Raja, di sini menerusi pembinaan dua kemudahan logistik Gred A baharu.

Kerjasama dengan pengurusan aset hartanah, ESR itu meliputi Metrohub 4 dan Metrohub 3, yang menambah lebih 2.2 juta kaki persegi ruang gudang kepada salah satu koridor logistik strategik terbaik di negara ini.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, E-Metro Logistics Park merupakan komponen penting dalam ekosistem perindustrian dan logistik di Bandar Bukit Raja, yang juga antara perbandaran perindustrian utamanya di Selangor.

Jelas beliau, pembangunan itu dapat direalisasikan hasil sokongan pelabur institusi dalam Dana Pembangunan Industri sulung pihaknya yang bernilai RM1 bilion.

“Apabila kedua-dua Metrohub siap sepenuhnya kelak, portfolio hab logistik ini akan melebihi 4.2 juta kaki persegi ruang gudang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Iskandar Shah Mohamed


Previous post

Luar Negara

Dinoconda, ‘roller coaster’ 4D paling mendebarkan

Xinbei, Taiwan: Dinoconda di China Dinosaur Park di sini ialah roller coaster empat dimensi (4D) terkenal yang menawarkan pengalaman tunggangan mendebarkan dengan aksi ekstrem serta pergerakan yang sukar diramal, lapor Oddity Central. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today10 July 2026