KUALA LUMPUR – Sime Darby Property Bhd. hari ini melancarkan logo baharu dengan identiti jenama diperbaharui, menandakan fasa penting dalam peralihan kumpulan daripada pemaju hartanah tradisional kepada syarikat hartanah bersepadu.
Logo itu mengekalkan tiga elemen utama yang sinonim dengan Sime Darby Property iaitu nama, perisai dan warna merah.
Warna merah warisan yang membawa pengiktirafan sejak beberapa dekad lalu ditambah dengan tiga lagi tona warna berbeza, menggambarkan inspirasi syarikat untuk menjadi penganda nilai kepada manusia, perniagaan, ekonomi dan planet.
Pembaharuan itu juga sejajar dengan strategi SHIFT25 yang memasuki fasa akhir tahun ini, menyasarkan untuk memperkukuh aliran pendapatan berulang dan memposisikan kedudukan sebagai penyedia penyelesaian bandar.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmir Merican berkata, pihaknya sedang merangka pelan jangka panjang baharu, yang bakal dibentangkan kepada Lembaga Pengarah dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: