PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad yakin mampu mengatasi sasaran jualan sebanyak RM3.6 bilion untuk tahun 2025, dengan jumlah jualan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini telah mencapai RM3.4 bilion, atau 93 peratus daripada sasaran ditetapkan.
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Azmir Merican berkata, ketika tahun kewangan semasa berbaki enam minggu lagi, pihaknya tidak berhasrat untuk menyemak semula sasaran berkenaan.
“Kami yakin mampu mengatasi sasaran tersebut setelah mencapai jumlah jualan sembilan bulan tertinggi.
“Selain itu, jualan belum dibil kami turut melepasi paras RM4 bilion buat kali pertama untuk mencecah RM4.1 bilion pada 30 September 2025, dan sekitar 70 peratus daripadanya bakal diterjemahkan kepada hasil dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara maya hari ini.
Sime Darby Property mencatatkan keuntungan dan jualan sembilan bulan tertinggi untuk tempoh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
