PETALING JAYA – Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) telah meraih 12 kemenangan termasuk anugerah Pelanggan Terbaik di Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia 2024 (MLAA14) baru-baru ini.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican berkata, pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi syarikat untuk terus mempertingkatkan industri seni bina dan memacu norma reka bentuk terkini.
Menurut beliau, ia menunjukkan penekanan strategik Kumpulan untuk mengintegrasikan kelestarian dalam pembangunannya di seluruh negara.
“Kami percaya bahawa reka bentuk landskap dan seni bina yang baik dapat meningkatkan kesejahteraan komuniti kami dan menyumbang kepada usaha kelestarian secara positif, khususnya dalam biodiversiti bandar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Azmir menerangkan, setiap pengiktirafan ini menunjukkan usaha Sime Darby Property dalam mencipta komuniti mampan berpandukan matlamat kami untuk menjadi pengganda nilai kepada masyarakat,perniagaan, ekonomi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
