KUALA LUMPUR – Jika dahulu, Mustafa Rabbani, 55, dikenali sebagai penebar roti canai dan pengusaha kedai makan tetapi kini beliau boleh berbangga dengan hasil usahanya membangunkan empayar perniagaan emas yang mula diteroka sejak tahun 2015.
Pengasas Dinar Emas Edaran Trading Sdn. Bhd. (DEET) berkata, melangkah ke dunia perniagaan emas adalah tindakan beraninya untuk keluar daripada kepompong berisiko dalam meneruskan kelangsungan hidupnya menjadi penebar roti canai dan peniaga kedai makan.
Lima tahun terlibat dalam perniagaan runcit berasaskan modal dan jualan harian dengan pendapatan tidak menentu membuatkan semakin hari hatinya memberontak ekoran berdepan dengan pelbagai cabaran sehingga menjejaskan pendapatan serta perbelanjaan keluarganya.
Bermodalkan wang simpanan, anak kelahiran Pontian, Johor itu tidak berpaling ke belakang lagi dan nekad untuk membuka sebuah kedai emas di Jalan Dwitasik, Cheras, Kuala Lumpur.

Beliau tidak kekok dalam dunia baharu itu kerana…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
