Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Awan mendung di kem Kelab Bola Sepak Respek (Respect FC) kelihatan akan berlalu pergi selepas pasukan yang kini beraksi dalam saingan Liga M3 2022 itu akan dikendalikan oleh pengurusan baharu.
Sinar cerah bakal menjelma apabila syarikat konglomerat berpengkalan di London, Kumpulan SRAM & MRAM akan mengambil alih Soccer Empire Sdn Bhd yang merupakan pemilik Respect FC.
Ditubuhkan pada tahun 1995, Kumpulan SRAM & MRAM yang turut menerokai pasaran di India, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Bahrain dan Georgia itu menjalankan perniagaan berasaskan produk agro, teknologi maklumat serta perkhidmatan hospitaliti.
Perkembangan terkini itu disahkan dalam satu sidang media yang dihadiri oleh Penaung Respect FC, Datuk Seri S. K Devamany, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SRAM & MRAM, Dr Hemalata Arumugam serta Pengarah Pentadbiran Global, Nigel Jones.
Kesediaan Kumpulan SRAM & MRAM…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
