Laporan terbaharu menunjukkan bahawa Singapura dinobatkan sebagai antara bandar terkaya pada 2022. Lebih tepat lagi, laporan yang dikeluarkan oleh perunding migrasi pelaburan Henley & Partners menunjukkan jiran kita berada di tangga ke-5 dengan kira-kira 250,000 jutawan dan 26 bilionair, lapor Life Style Asia.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:
Mengikut laporan terbabit, New York, Tokyo, kawasan Teluk San Francisco dan London menduduki tangga teratas, masing-masing dengan 345,600, 304,900, 276,400 dan 272,400 jutawan di bandar-bandar tersebut.
Singapura, salah satu daripada enam bandar Asia berada dalam senarai 10 teratas dengan 249,800 jutawan, 336 centi jutawan, dan 26 bilionair. Centi-jutawan ialah mereka yang mempunyai nilai bersih melebihi USD100 juta.

Oleh kerana Singapura adalah sebuah negara kota, angka itu menunjukkan bahawa 4.6% daripada 5.45 juta penduduk negara itu adalah jutawan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
