Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Singapura Sama Taraf Dengan Solomon Islands

today19 June 2023

Background
Singapura Solomon Islands


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Skuad kebangsaan Singapura hanya mampu mencatat keputusan seri ketika menentang Solomon Islands dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Olimpik, Singapura gagal mencatat kemenangan ke atas pasukan yang baru sahaja tewas kepada Malaysia pada aksi sebelumnya.

Solomon Islands tewas kepada Malaysia dengan keputusan 4-1 dan pasukan itu dilihat berjaya bangkit dengan mencatat keputusan seri pada perlawanan persahabatan kedua menentang Singapura.

Skuad The Lions sebelum ini turut mencatat keputusan seri 2-2 ketika menentang Papua New Guinea dan keputusan ini nyata mencetuskan kritikan dari peminat pasukan itu.

Seterusnya, Papua New Guinea akan bertandang ke Kuala Terengganu bagi berdepan Malaysia pada 20 Jun ini.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon mencari kemenangan kedua bagi memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.


Written by: Dito


Previous post

Luar Negara

Gelombang panas luar biasa landa utara India

New Delhi: Gelombang panas luar biasa melanda utara India, sejak empat hari lalu, dan beberapa hospital di negeri Uttar Pradesh, merekodkan jumlah kematian lebih tinggi daripada biasa. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 June 2023