Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) semalam mengumumkan Nazri Nasir sebagai jurulatih interim skuad senior bagi menghadapi kejohanan persahabatan antarabangsa melibatkan 3 negara yang diadakan di Singapura pada 23 hingga 29 Mac ini.
Ini merupakan kali kedua beliau membimbing skuad Singa selepas kejohanan Piala Airmarine, yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2019. Singapura ketika itu mengalahkan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dengan jaringan 1-0 dan seri 1-1 dengan Oman sebelum tewas 4-5 melalui sepakan penalti.
“Ia sentiasa menjadi satu penghormatan untuk dipilih memimpin pasukan kebangsaan untuk mana-mana perlawanan antarabangsa. Saya bekerja rapat dengan bekas jurulatih, Tatsuma Yoshida sebagai penolongnya ketika beliau menyertai pasukan kami pada 2019.
“Saya berharap dapat membawa falsafah dan gaya permainan sama yang Tatsuma terapkan dalam pemain dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
