Sepanyol cipta kejutan apabila menyingkirkan tuan rumah, Jerman 2-1 dalam perlawanan yang cukup dramatik. Ini adalah pertembungan antara dua negara yang paling berjaya dalam kejohanan Euro 2024.
Perlawanan mencecah sehingga minit ke-119 dan seakan bakal berakhir dengan penentuan penalti sebelum pemain gantian Mikel Merino tampil untuk menanduk gol kemenangan Sepanyol hasil hantaran Dani Olmo dan menghancurkan hati penyokong tuan rumah di Arena Stuttgart.
Baca Juga:
Selepas separuh masa pertama tanpa jaringan, Olmo meletakkan Sepanyol di depan enam minit selepas rehat tetapi Jerman mengheret aksi ke masa tambahan melalui gol pada minit ke-89 daripada Florian Wirtz.
Jerman berusaha mengejar mencari gol penyamaan sehingga lewat perlawanan tetapi Sepanyol mampu bertahan untuk mara ke separuh akhir dan berdepan sama ada Portugal atau Perancis Rabu ini.
Kekalahan Jerman juga lebih sukar untuk ditelan apabila mereka dinafikan sepakan penalti selepas bola…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
