Penyanyi Baby Shima kembali mewarnai dunia muzik dengan mempertaruhkan karya baharunya yang bertajuk ‘Bey Kelik Laa Bey’.
Artikel Berkaitan: ‘Saman Bukan Nak Makan Duit Tapi Ajar Tak Ulang Kesilapan’ – Baby Shima Tegur Netizen Salahkan Kerajaan
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Salahkan Baby Shima Ada Lelaki Gila S*ks Serang Dia’
Dialek negeri Pantai Timur

Memberi kelainan buat peminat, Baby Shima buat julung kalinya mempertaruhkan lagu dialek Kelantan sepenuhnya menerusi single terbaharu ini.
Single tersebut dihasilkan oleh komposer tersohor Eddie Hamid, manakala penulisan lirik pula merupakan hasil kolaborasi kreatif daripada Fadil Turbo, Mama Ana, Jaju dan Te Ha.
Menurut Baby Shima, idea untuk menghasilkan lagu berdialek negeri Pantai Timur itu tercetus daripada permintaan daripada para peminat yang sering meninggalkan komen di platform media sosialnya.
Sebenarnya ceritanya sangat ringkas. Ramai orang Kelantan selalu tinggalkan komen, ‘Shima, cuba la nyanyi lagu Kelate…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: