Kool FM

Sir Uzairi Kini Sah Milik Aina Adleen


Guru tuisyen terkenal, Sir Uzairi Taib selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Aina Adleen dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aksi Sporting Cikgu Matematik Ini Curi Tumpuan

Sudah kahwin

Berita gembira itu dikongsikan menerusi siaran langsung yang dilakukan di TikTok sebentar tadi.

Menerusi siaran langsung itu, pemilik nama Uzairi Mohd Taib dilihat mengenakan persalinan baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok dan bersampin.

Sementara itu, Aina mengenakan busana putih manis bertudung duduk di samping ibu dan neneknya di atas pelamin.

Dengan sekali lafaz, Sir Uzairi sah bergelar suami kepada Aina, disertakan mas kahwin sebanyak RM300.

Sir Uzairi merupakan anak saudara kepada pelakon Didie Alias.

Untuk makluman, Sir Uzairi telah mengikat tali pertunangan bersama isterinya pada tahun lalu.

Sumber: TikTok

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version