Site icon Kool FM

Siri Di Sebalik Jubah Kupas Sisi Gelap Dunia Kebajikan

Di Sebalik Jubah


Seseorang yang sentiasa berjubah sering dianggap warak namun sebenarnya, pakaian berkenaan tidaklah melambangkan diri individu itu yang sebenarnya.

Bermula 22 Januari 2026, siri Di Sebalik Jubah membawa penonton menyusuri sisi gelap dunia kebajikan menerusi siri jenayah lapan episod yang disiarkan secara eksklusif di Tonton setiap Isnin dan Khamis.

Siri ini mengisahkan Layla (Azira Shafinaz) dan Amina (Daiyan Trisha), dua beradik pempengaruh Islamik yang dipuja ramai serta dikenali sebagai simbol kebaikan dan kemurahan hati.

Dengan imej berjubah dan aura kesucian, mereka mengetuai Laymina Shares, sebuah yayasan kebajikan yang berjaya meraih kepercayaan orang ramai, sekali gus menggerakkan ribuan pengikut untuk menderma melalui setiap kempen yang dijalankan.

Namun di sebalik kejayaan kutipan dana yang besar, timbul persoalan apabila sebahagian sumbangan tidak disalurkan kepada golongan sasaran, sebaliknya digunakan untuk kepentingan peribadi….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version