PETALING JAYA – Sambungan Laluan Utara (NLE) sistem kereta api bawah tanah ke Battersea Power Station (BPS), London dibuka untuk kegunaan awam kelmarin, mempertingkatkan kesalinghubungan antara kejiranan di kawasan Selatan itu dengan seluruh London.
Setiausaha Pengangkutan Negeri, Grant Shapps dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan antara kumpulan pertama yang menggunakan kemudahan pengangkutan tersebut dari Nine Elms ke Stesen Bawah Tanah Zon 1 London di BPS.
BPS telah menyumbang lebih daripada 300 juta pound (RM1.72 bilion) bagi pembangunan NLE, iaitu sambungan dari Kennington ke BPS melalui Nine Elms yang menyokong pembangunan semula kedua-dua kawasan berkenaan.
Pembukaan Stesen Bawah Tanah Zon 1 London dijangka dapat menarik kehadiran pengunjung dan pekerja dari pusat London ke kawasan kejiranan di pinggir sungai itu dengan perjalanan dari West End hanya mengambil masa 15 minit.
Projek tersebut dijangka memacu ekonomi tempatan dan mencipta lebih 17,000 pekerjaan.

BPS…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: