Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyatakan bahawa sitaan simpanan kewangan adalah langkah yang akan dikenakan terhadap bekas suami atau bapa yang culas dalam tanggungjawab membayar nafkah.
Menurut laporan Berita Harian, usaha untuk melaksanakan langkah tersebut kini sedang dijalankan oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, termasuk perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

“Pelbagai cara diambil pegawai BSK untuk menguatkuasakan perintah kewajipan nafkah.
“Antara dibuat adalah supaya BSK melalui JKSM dapat mengeluarkan satu perintah supaya simpanan penghutang penghakiman disita oleh mahkamah,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat.
Sebagai jawapan kepada soalan tambahan oleh Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) mengenai kaedah pemantauan yang dilaksanakan oleh BSK dan BNM bagi memastikan sekatan akaun…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: