Kool FM

Siti Bainun Kekal Bersalah, Hukuman Penjara 12 Tahun Diteruskan


Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, kerana mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Siti Bainun, 32, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Sumber Gambar: Sinar Harian

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi Izraliza menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas mendapati dia bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella, 13.

Malah, pihak Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara itu serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman.

Wanita itu kemudian dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version