Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun, Aniaya & Abai Bella

today14 August 2025

Background
Abai & Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun, Rayuan Akhir Ditolak


Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan akhirnya berhubung dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, Bella, empat tahun lalu.

Kekal dipenjara 12 tahun

Foto: Kosmo Online

Memetik laporaan Kosmo Online, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah, yang turut dianggotai Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz.

Hakim Azman menjelaskan bahawa panel mahkamah berpendapat tiada sebarang kesilapan dari segi fakta mahupun undang-undang yang dilakukan oleh hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan penilaian terperinci yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen.

Setelah meneliti keseluruhan keterangannya yang diberikan pihak pendakwaan dan pembelaan, kami mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya atas kedua-dua pertuduhan melampaui keraguan munasabah dan perayu telah gagal untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post