
Akademi Ragbi Ipoh (ARAI) mendapat suntikan semangat selepas syarikat YBS Holdings Sdn. Bhd. melalui jenama barang kemas Siti Jewels secara rasminya tampil sebagai penaja utama bagi tempoh setahun.
Suntikan terbaharu itu bukan sekadar berbentuk wang ringgit, tetapi merupakan perintis kepada langkah lebih hebat bagi memperkasakan program pembangunan akar umbi akademi tersebut dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat ragbi berkualiti dari bumi Perak.
ARAI merupakan inisiatif Persatuan Ragbi Daerah Kinta yang kini menjadi mercu tanda baharu buat sukan ragbi di negeri Perak.

Tajaan Siti Jewels Lonjakan Semangat Buat ARAI
Pengerusi YBS Holdings, Muhammad Solehuddin Shamsuddin menegaskan bahawa sebagai anak jati Perak, beliau terpanggil untuk memastikan pemain muda di negeri ini mempunyai platform yang kukuh untuk berjaya.
Menariknya, ini merupakan penglibatan sulung syarikat tersebut dalam kancah penajaan sukan, sekali gus meletakkan sukan ragbi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: