Siti Kassim telah dimaki oleh bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob pada hari ini.
Mereka berdua bertembung di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan kemudian bertikam lidah dipercayai berkenaan dengan isu Orang Asli.
Siti Kassim dan Tok Nan bertikam lidah
Detik tersebut menarik perhatian media, di mana Tan Sri Adnan Yaakob bengang ketika Siti Kassim menuduhnya sebagai mahu menjual dirinya kepada Orang Asli.
Adnan Yaakob membalas: “Kenapa kamu masuk campur?”

Siti Kassim membalas: “Sebab saya sangat kenal dengan mereka.”
Tan Sri Adnan kemudian berkata: “Saya menjaga mereka dengan sangat baik.”
Siti Kassim menyindir: “Oh ya kah?”
Menurut Sinar Harian, pertikaman lidah itu bermula apabila Tan Sri Adnan Yaakob mengambil gambar dengan orang Asli di lobi mahkamah.
Dan tiba tiba Siti Kassim mengeluarkan ayat sinis meminta Orang Asli agar menjauhi orang politik kerana disifatkannya sebagai penipu. Dia juga menyindir Adnan Yaakob…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: