Dua nama besar industri muzik, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dari Malaysia dan Ade Govinda dari Indonesia, kembali bergabung dalam satu kolaborasi istimewa menerusi sebuah single baharu berjudul ‘Menamakanmu Cinta’.
Menamakanmu Cinta

Lagu ini yang membawa mesej tentang cinta dijangka bakal menjadi siulan ramai, bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, tetapi juga kepada peminat muzik dari seluruh pelosok dunia.
Kerjasama antara kedua-dua artis hebat ini bukanlah kali pertama. Sebelum ini, Ade Govinda pernah mencipta tiga buah lagu yang dimuatkan dalam album Fragmen (2014) nyanyian Siti, iaitu ‘Terbaik Bagimu’, ‘Engkau’, dan ‘Tak Pernah Ragu’.
Kini, selepas beberapa tahun, dua sahabat dalam dunia seni ini kembali menyatukan kreativiti mereka dalam lagu ‘Menamakanmu Cinta’, yang disifatkan lebih matang dari segi lirik dan melodi.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza meluahkan rasa gembira dan teruja dapat bekerjasama sekali lagi dengan Ade Govinda selepas sekian lama tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: