Site icon Kool FM

Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong dilantik Duta Jenama CUCKOO 2024


KUALA LUMPUR – Jenama Pencipta Kediaman Sihat, CUCKOO International (MAL) Sdn. Bhd. (CUCKOO) memperkenalkan barisan duta jenamanya yang baharu di BAZAR CUCKOO X RIUH: #SAMASAMA RAYA di Sentul Depot, Gudang 2 di sini semalam.

Bazar Raya yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu merupakan anjuran bersama RIUH, sebuah platform kreatif di bawah MyCreative Ventures.

Meneruskan peranannya sebagai duta jenama CUCKOO untuk tahun ke-5 ialah penyanyi lagenda tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang semangnya terkenal sebagai rakan setia CUCKOO dan penyokong tegar gaya hidup sihat.

Beliau disertai oleh dua duta jenama baharu, iaitu pemuzik ikonik negara, Jaclyn Victor, serta selebriti berbakat, Phei Yong.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, sebagai kesinambungan daripada kerjasama Siti Nurhaliza bersama CUCKOO sejak 2020, pihaknya berbesar hatinya mengalu-alukan kehadiran Jaclyn Victor dan Phei Yong ke dalam CUCKOO…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version