Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siti Nurhaliza Kembali Ke Stadium Nasional Bukit Jalil!

today29 September 2025

Background
Siti Nurhaliza Umum Konsert Berskala Besar! Kembali Ke Stadium Nasional Bukit Jalil Selepas 21 Tahun


Meraikan perjalanan seni selama tiga dekad, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan konsert berskala besar yang bakal berlangsung pada 10 Januari 2026.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Ramai Datang Rumah, Tapi Saya Harap Mereka Guna Saluran Yang Betul’ – Siti Nurhaliza

Legacy 30 Siti Nurhaliza

Konsert yang diberi nama Legacy 30 Siti Nurhaliza itu bakal berlangsung di lokasi ikonik negara, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menerusi hantaran di Instagram, pelantun lagu Purnama Merindu itu memuat naik poster rasmi konsert berkenaan.

Siti turut meminta peminatnya agar menantikan pengumuman seterusnya yang akan dikongsikan pada Selasa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk membeli tiket demi menyaksikan penyanyi kesayangan mereka.

Sebelum ini, ibu dua cahaya mata itu sudah memberi bayangan bakal menganjurkan konsert menerusi hantaran di media sosial.

Untuk rekod, Siti pernah menjayakan konsert di Stadium Nasional Bukit…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post

Hiburan Semasa

Sabronzo Dolla dah kahwin

Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, 30, akhirnya tampil mengesahkan dia sudah berkahwin dengan DJ Dash Berlin sekali gus menamatkan spekulasi ramai mengenai statusnya ketika ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today29 September 2025