Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Nasihat Para Suami: ‘Jangan Ada Cinta Lain’

today5 December 2023

Background


Datuk Siti Nurhaliza sempat mengusik nakal suami suami orang di luar sana agar tidak menggatal mencari perempuan lain dengan lagu nasihat.

Penyanyi no.1 negara itu menyatakan bahawa lagu Pastikan yang dipopularkan oleh dia sendiri agak popular pada masa ini memandangkan beberapa isu panas melibatkan suami atau kaum adam.

Artikel Berkaitan:

Maka tidak hairanlah Siti Nurhaliza sendiri pun tertarik untuk mengikuti perkembangan semasa itu dan lagu ‘Pastikan’ yang menceritakan kesetiaan seorang wanita kepada seorang lelaki yang dia cintai.

Siti Nurhaliza berkata: “Lagu ini tengah orang suka sangat sekarang kerana ianya lagu tentang pesanan wanita kepada lelaki.”

Dalam lirik tersebut Siti Nurhailiza turut menyatakan bahawa wanita tidak pernah berniat untuk berpaling daripada lelaki yang dia sayangi.

Sambil Siti Nurhaliza turut menggariskan satu lagi bait dalam lagu nasihat itu dengan menyatakan bahawa wanita akan cuba sedaya upaya membahagiakan lelaki yang mereka sayangi.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post