Peminat bola sepak tempatan kini boleh menarik nafas lega apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak memilih Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai lokasi konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’.
Hal ini kerana konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2024 dan ia tinggal 19 hari lagi sebelum aksi kelayakan Piala Dunia 2026 antara skuad Harimau Malaya menentang Oman di SNBJ pada 24 Mac.
Artikel Berkaitan:
Siti Nurhaliza memilih Axiata Arena yang mempunyai kapasiti sebanyak 16,000 sebagai lokasi rasmi konsert itu meskipun terdapat cakap-cakap ia patut diadakan di SNBJ bagi mengatasi rekod kehadiran konsert Coldplay.
“Sebenarnya, saya sudah ‘booked’ lama di Axiata Arena. Tidaklah sampai setahun, tetapi sejak beberapa bulan lalu.
“Soal lokasi hanya ditimbulkan ‘orang luar’ yang membandingkan dengan konsert Coldplay… Tiada kena mengena langsung. Kami sudah rencanakan konsert ini di Axiata, sejak beberapa bulan lalu,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: