Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Situasi ringgit tidak jejas aktiviti ekonomi

today25 October 2023

Background


PETALING JAYA – Kemeruapan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS$) baru-baru ini dilihat tidak menjejaskan aktiviti ekonomi buat masa ini, menurut Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid.

Menurut beliau, kenya­taan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour kelmarin jelas menunjukkan bahawa faktor yang menentukan nilai ringgit adalah kuasa pasaran.

“Faktor seperti kadar faedah di Amerika Syarikat dan situasi geopolitik banyak mempe­ngaruhi kemeruapan ringgit.

“Hakikatnya, sektor perbankan masih lagi aktif memberikan pembiayaan kepada isi rumah serta perniagaan dan mereka ini bebas untuk memohon sebarang bentuk program pembiayaan bersesuaian.

“Namun, permohonan pembiayaan tersebut akan sentiasa tertakluk kepada keupayaan untuk melunaskan hutang serta tahap keberhutangan. Juste­ru, kemeruapan ringgit tidak menjejaskan aktiviti ekonomi,” katanya ketika dihubungi di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post