“Ada juga keluarga bukan Melayu yang lebih memilih untuk bersekolah di SK disebabkan dekat dengan kediaman yang memudahkan mereka untuk menghantar dan menjemput pulang anak mereka dari sekolah,” katanya lagi.
Guru Besar SJK (C) Kong Aik, Leong Yong Siang pula berkata, kemasukan murid berbangsa Cina di sekolahnya semakin menurun saban tahun sebaliknya murid berbangsa Melayu, Siam dan India lebih banyak mendaftar masuk ke sekolah itu.
“Pada tahun 2023, terdapat lima murid Cina mendaftar memasuki Tahun Satu di sekolah ini namun ia menurun kepada hanya tiga orang murid sahaja tahun lalu.
“Malah, pada tahun ini, tidak ada seorang pun murid Cina mendaftar untuk memasuki Tahun Satu di sekolah ini,” katanya.
Secara keseluruhan, SJKC Kong Aik, Mata Ayer mempunyai 190 orang murid dan 17 orang guru berlainan bangsa. Daripada jumlah itu, murid Melayu dan Siam mendominasi populasi murid di sekolah itu dengan terdapat 93 orang murid Melayu dan 69 murid Siam.
Manakala, hanya terdapat 19 murid…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: