Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

SJKC Sunsuria Sepang Dilengkapi 24 Kelas Hasil Kutipan Dana RM23 Juta

today3 June 2026

Background
Bakal Siap 2027: SJKC Sunsuria Sepang Dilengkapi 24 Kelas Hasil Dana RM23 Juta


Sejumlah RM23 juta berjaya dikumpulkan bagi pembinaan dan pembangunan sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Sepang, Selangor, menerusi satu konsert amal yang dihadiri oleh 600 tetamu.

Memetik The Star, SJK (C) Sunsuria, yang bakal dibina di atas sebidang tanah seluas 2.83 hektar, disasarkan siap menjelang tahun 2027.

Sekolah ini akan dilengkapi dengan 24 bilik darjah, dua bilik sumber pendidikan khas, dua makmal sains, serta sebuah bengkel reka bentuk dan teknologi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan SJK (C) Sunsuria, Tan Sri Ter Leong Yap berkata, jumlah yang dikumpulkan itu kini hampir mencecah sasaran RM26 juta yang diperlukan bagi projek berkenaan.

“Daripada kemudahan sekolah dan persekitaran pembelajaran sehinggalah kepada logo, moto serta lagu sekolah, setiap aspek telah dirancang dengan teliti demi memupuk kecemerlangan akademik bersama budaya sekolah yang utuh berteraskan nilai, sahsiah, dan semangat kekitaan,” katanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

Datuk Bandar batal aksi DR Congo angkara Ebola

Madrid: Perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia FIFA 2026 yang melibatkan Republik Demokratik Congo (DR Congo) dibatalkan oleh Datuk Bandar di Sepanyol berikutan kebimbangan kesihatan berkaitan wabak Ebola yang sedang melanda negara Afrika itu.

today3 June 2026