PETALING JAYA – SK Nexilis Co. Ltd. (SK Nexilis), pengeluar kerajang tembaga terbesar di dunia, mengumumkan pelaksanaan kemudahan pinjaman bertempoh bersindiket hijau (pinjaman hijau) sulung bernilai RM2.3 bilion bagi anak syarikatnya di Malaysia iaitu SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. (SK Nexilis).
Ia bertujuan untuk membiayai kos pembinaan kemudahan pembuatan kerajang tembaga luar negara yang pertamanya di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, Sabah.
Kerajang tembaga yang dihasilkan akan digunakan secara eksklusif dalam bateri kenderaan elektrik, membolehkan penyelesaian pengangkutan lestari rendah karbon di pelbagai lokasi termasuk Korea, Malaysia, Poland dan Amerika Utara.
OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank), yang bertindak selaku Penasihat Penstrukturan Pinjaman Hijau, telah memainkan peranan penting untuk menyusun pinjaman hijau ini dan memberi nasihat tentang Rangka Kerja Pembiayaan Hijau bersesuaian dengan objektif ESG SK Nexilis.
Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: