Majlis Penyampaian Faedah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) kepada waris empat suri rumah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, YB Tuan V. Sivakumar bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Wisma Perkeso, Negeri Sembilan hari ini.
PERKESO telah memperkenalkan SKSSR pada 1 Disember 2022 yang dilaksanakan bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) bagi memberi perlindungn keselamatan sosial kepada golongan suri rumah terhadap bencana domestik, keilatan ataupun kematian sewaktu menguruskan hal ehwal rumah tangga.
Kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta untuk menaja caruman SKSSR kepada 150,000 suri rumah yang berdaftar dengan e-Kasih dan mencarum di bawah i-Suri KWSP.
Kita sedia maklum bahawa tugas sebagai suri rumah merupakan sebuah pekerjaan yang tidak mempunyai waktu bertugas yang tetap serta mereka sering kali berdepan dengan pelbagai masalah yang mampu memberi kesan kepada kesihatan ataupun nyawa mereka.
Jom kita baca untuk memahami…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: