Site icon Kool FM

Skim payung galak usahawan tolong usahawan


KLANG – Skim Payung di bawah Bank Rakyat, yang melibatkan pinjaman antara RM50,000 hingga RM100,000 perlu direbut oleh para usahawan bagi menyokong perkembangan perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, skim tersebut adalah komitmen kerajaan untuk membantu usahawan yang berhasrat membantu usahawan kecil lain meningkatkan pendapatan.

“Menerusi Skim Payung, jika ada usahawan ingin membuka lima cawangan dengan keperluan RM100,000 bagi setiap cawangan, kami akan meluluskan terus RM500,000 dengan bayaran RM100,000 setiap kali pinjaman disalurkan.

“Ini dasar baharu kementerian untuk memudahkan usahawan. (Sebab) kadang-kadang proses pinjaman memakan masa lima bulan dan hendak tunggu duit dibayar lagi dua bulan,” katanya pada pelancaran produk semburan wanigan fabrik keluaran DeeDat Air Care di Bandar Botanik, semalam.

Noh berkata, skim berkenaan memudahkan usahawan menerima pinjaman dengan cepat dan tidak menunggu lama.

Sementara itu,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version