
PETALING JAYA – Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) terus menggiatkan usaha melaksanakan libat urus bersama peserta industri menjelang pelaksanaan proses kebenaran beroperasi di bawah Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP) yang merangkumi pelesenan dan pendaftaran.
Pelaksanaan ini adalah langkah penting untuk mewujudkan rangka kerja kawal selia yang lebih tersusun bagi penyedia kredit dan penyedia perkhidmatan kredit bukan bank.
Keperluan pelesenan dan pendaftaran di bawah Akta ini akan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026 dengan tempoh peralihan selama enam bulan diberikan kepada pemain industri untuk mengemukakan permohonan lesen atau pendaftaran yang berkaitan.
Kegagalan mematuhi keperluan tersebut boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan diambil oleh SKP.
Bagi meningkatkan kesedaran kumpulan sasarannya, SKP akan menganjurkan sesi taklimat industri pada 18 dan 19 Mei ini bertujuan untuk membantu industri kredit yang sebelum ini tidak tertakluk di bawah mana-mana kawal selia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: