Site icon Kool FM

Skuad Bola Sepak Wanita Filipina Lakar Sejarah Layak Ke Piala Dunia 2023




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Semalam merupakan hari yang cukup bersejarah bagi Filipina apabila pasukan bola sepak wanita negara itu telah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2023 buat kali pertama apabila menewaskan Chinese Taipei di peringkat suku akhir Piala Asia Wanita 2022 di India.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama. Namun begitu, Filipina akhirnya berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 49 menerusi Quinley Quezada sebelum Chine Taipei bangkit menyamakan kedudukan pada minit 82 melalui Zhuo Li-Ping

Keputusan 1-1 kekal dalam tempoh 90 minit sekaligus memaksa perlawanan diheretkan ke masa tambahan sehingga menuju kepada penentuan sepakan penalti. Filipina berjaya memenangi sepakan penalti itu dengan keputusan 4-3.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version