Site icon Kool FM

Skuad Double Malaysia Ke Separuh Akhir

Sepak Takraw Piala Dunia


Skuad negara mara ke separuh akhir acara Double kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas berjaya menundukkan Korea Selatan pada aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia akan bertemu Myanmar pada aksi separuh akhir yang dijangka berlangsung jam 8.00 malam ini.

Baca Juga:

Dibarisi duo berpengalaman iaitu Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi serta Baikhakki A’ripin selaku pemain simpanan, Malaysia bagaimanapun tidak diberikan laluan mudah oleh Korea Selatan yang diperkuatkan kehadiran Shin Hee Seop dan Kim Young Cheol.

Hee Seop dan Young Cheol memberikan saingan sengit hingga membuatkan Noraizat dan Aidil berada dalam keadaan tertekan terutamanya pada set kedua.

Skuad negara bermula baik pada set pertama dengan kemenangan 15-11 tetapi Hee Seop dan Young Choel beraksi cemerlang pada lewat aksi set kedua untuk memenangi permainan 17-15 sekali gus mengheret permainan ke set…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version