Kelantan muncul juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 2 2024 selepas pencabar terdekat, Kedah tewas 0-1 kepada ATM pada aksi yang berlangsung di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.
Skuad kendalian Muhamad Fadhil Yusoff itu kemudiannya tidak mengambil mudah perlawanan menentang Nilai City SC walaupun sudah bergelar juara dengan kemenangan 6-1 dicatatkan.
Baca Juga:
Ia merupakan kemenangan kesembilan berturut-turut dilakarkan Kelantan dan kini tumpuan mereka pastinya untuk menamatkan kempen liga yang berbaki dua perlawanan dengan rekod 100 peratus kemenangan.
Kelantan gah ditangga teratas dengan 27 mata, meninggalkan Kedah dan ATM yang terikat 15 mata manakala Nilai City SC dengan 14 mata.
Pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi, Kelantan tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi Luqman Yaakob Tan seawal minit kedua.

Sembilan minit kemudian, Luqman menambah jaringan kedua dan Aqil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: