Skuad futsal Malaysia terpaksa akur dengan kekuatan Indonesia selepas kecundang 0-6 pada aksi persahabatan yang berlangsung di GOR Amongrogo, Yogyakarta sebentar tadi.
Berdepan lawan yang tampil cukup kemas daripada segenap aspek termasuk mendapat sokongan padu 7,000 penyokong, Malaysia jelas berdepan kesukaran sepanjang perlawanan ini.
Baca Juga:
Ia jelas dibuktikan dengan jaringan pembukaan dicipta Firman Ardiansyah seawal minit keempat selepas beliau melakukan percubaan padu dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol, Syawal Sabaruddin.
Dua minit kemudian, Indonesia yang dibimbing Hector Souto melebarkan kedudukan menerusi jaringan Ardiansyah Runtuboy.
Tidak cukup dengan itu, Holypaul Septinus ‘Evan’ Soumilena meledakkan jaringan dari jarak jauh yang gagal diselamatkan Syawal untuk menjadikan kedudukan 3-0 pada minit kesembilan.
Evan menambah jaringan kedua peribadinya pada minit ke-20 hasil percubannya dalam kawasan D ketika beliau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: