Site icon Kool FM

Skuad Futsal Sabah Catat Keputusan Positif Aksi Pra-Musim Di Bangkok

Futsal Sabah


Skuad futsal Sabah mendapat pendedahan berguna menjelang sepak mula Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 apabila mengharungi empat perlawanan persahabatan di Bangkok, Thailand.

Daripada kesemua perlawanan tersebut, dua perlawanan melibatkan pertembungan menentang kelab saingan Liga Futsal Thailand iaitu Nonthaburi dan Kasem Bundit University.

Artikel Berkaitan:

Nonthaburi menamatkan saingan liga musim 2023 di kedudukan kelapan manakala Kasem Bundit pula hanya satu mata kekurangan untuk menghuni tempat kesembilan.

Perlawanan menentang Nonthaburi pada 1 Februari lalu menyaksikan Sabah mencatatkan keputusan seri 5-5 dimana pemain import, Joao Gabriel meledakkan hatrik dan dua gol lagi masing-masing disumbangkan oleh Muhamamd Akmal Hakimi Mohd Naim dan Ahmad Azim Mohammad.

Manakala pertemuan dengan Kasem Bundit University pula memihak Sabah hasil kemenangan 4-2 menerusi jaringan Felipe Leite, Muhammad Hikmal Firdaus Muhammad Darul Ridzuan, Azhar dan Muhamamd Taufik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version