Site icon Kool FM

Skuad Futsal Selangor Cemerlang Tewaskan Kelab Gergasi Thailand

Futsal Selangor


Skuad futsal Selangor terus mempamerkan aksi cemerlang dalam kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open 2023 selepas berjaya menundukkan Black Pearl United 5-2 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Lanh Binh Thang sebentar tadi.

Berdepan lawan yang menamatkan saingan Liga Futsal Thailand 2023 di kedudukan kedua itu langsung tidak menggentarkan anak-anak buah Edgar Eder Baldsso itu.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, serangan pantas yang dijelmakan pemain Selangor seringkali memberikan kesukaran buat Black Pearl United terutamanya menerusi duo Brazil, Wellington Pereira Rodrigues Adao dan Matheus Vasconcelos Silva.

Selain itu ketangkasan yang dijelmakan penjaga gol Selangor, Syaifuddin Syukri Ibrahim Lincoln dalam menggagalkan deretan percubaan lawan turut menjadi topik utama pada perlawanan kedua ini.

Gol pembukaan Selangor terhasil menerusi tolakan mudah Well yang menerima hantaran lintang berkualiti daripada Matheus.

Pemain kebangsaan, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan menjadikan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version