Selangor mahu menjadikan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Kuching, Sarawak pada Ogos ini sebagai medium terbaik untuk menamatkan kemarau pingat emas bagi acara futsal lelaki.
Futsal dipertandingkan dalam temasya SUKMA pada edisi 2011, 2013 dan 2018 tetapi Selangor gagal memungut sebarang pingat dalam tiga edisi tersebut.
Baca Juga:
Pencapaian terbaik kontinjen Selangor adalah mara ke separuh akhir edisi 2011 tetapi tewas kepada Negeri Sembilan 5-4 dan seterusnya tewas pula pada aksi penentuan pingat gangsa di tangan Sarawak.
Dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Qusmaini Nur Rusli, Selangor dilihat mempunyai skuad yang cukup baik bagi menamatkan penantian itu.
Antara pemain yang dijangka bakal memperkuatkan pasukan Selangor ialah Syahir Iqbal Khan Akbar yang merupakan antara tonggak utama skuad futsal kebangsaan.
Selain itu, skuad gergasi merah juga turut diperkuatkan dengan kehadiran Ahmed Haziq Haikal daripada pasukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: