Skuad futsal Selangor gagal meneruskan rentak cemerlang dalam kejohanan Ho Chi Minh City Futsal Open 2023 apabila tewas 2-9 kepada Sahako Futsal Club pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Lanh Binh Thang sebentar tadi.
Kekalahan besar itu menyaksikan Selangor akan beraksi pada penentuan tempat ke-3/4 bertemu Thai Son Nam yang tewas kepada Thammasat Stallion.
Artikel Berkaitan:
Tran Van Sang hampir meletakkan Sahako di hadapan pada minit keempat tetapi tandukannya selepas menerima hantaran jauh penjaga gol, Mai Xuan Hiep sekadar singgah di palang gol.
Selangor kemudiannya turut mendapat peluang terbaik, bagaimanapun Syed Aizad Daniel Syed Nasir tidak berupaya menolak masuk bola hasil lorongan Matheus Vasconcelos Silva.
Sahako berjaya membuka tirai jaringan juga pada minit keempat menerusi serangan balas pantas dimulakan Van Sang disudahkan dengan tenang buat Doan Minh Man untuk menolak masuk gol pertama.
Seminit kemudian, Mai Xuan Hiep turut mencipta nama selaku…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: