Kool FM

Skuad Futsal USMKK Muncul Juara MPFL Divisyen 2 2025


Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan (USMKK) muncul juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 2 2025 walaupun sekadar mencatatkan keputusan seri 6-6 ketika berdepan PFA Odin Sarawak pada aksi terakhir yang berlangsung di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya sebentar tadi.

Satu mata diraih itu sudah cukup untuk membolehkan mahkota kejuaraan menjadi milik skuad kendalian Mohd Yuzmuhaimizee Yaacob itu dengan kelebihan satu mata berbanding Terengganu yang berada di kedudukan kedua.

Baca Juga:

Ia juga bermakna kedua-dua pasukan akan melayakkan diri untuk beraksi dalam saingan Piala Futsal Malaysia 2025 yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

USMKK
Kredit Foto: USMKK

USMKK tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Mohamad Aiman Naimi menyempurnakan peluang terhidang pada minit ketiga selepas menerima umpanan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version