Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Skuad hoki negara kini berada di ranking ke-9 dunia selepas menewaskan New Zealand 3-2 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan saingan Piala Dunia Hoki 2023 di Bhubaneswar-Rourkela semalam.
Ia adalah rekod kedudukan ranking tertinggi dalam sejarah hoki negara selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) mengemaskini jumlah mata ranking serta-merta sebaik berakhirnya perlawanan.
Sebelum ini, FIH mengemas kini kedudukan secara berkala, kadang kala beberapa bulan selepas kejohanan tamat.
Hasil kemenangan ke atas New Zealand, skuad Speedy Tigers memperolehi 106.24 mata dan kini mengumpulkan 1969.77 mata secara keseluruhan. Pada hari isnin lepas, mereka turut menewaskan Chile untuk mengutip 35.18 mata sekaligus naik ke ranking 10 dunia.

Malaysia juga lakar sejarah baharu apabila muncul sebagai naib juara kumpulan C buat kali pertama dalam saingan Piala Dunia. Kedudukan itu menyaksikan Malaysia akan menentang pasukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: